Dibangunkan bersama
ANGKATAN KOPERASI
KEBANGSAAN MALAYSIA
BERHAD (ANGKASA)

Angkasa sasar 600 koperasi kredit tiga tahun akan datang

KUALA LUMPUR 27 Feb.-Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) akan memperluaskan skim kewangan patuh syariah dengan menyasarkan sebanyak 600 koperasi kredit dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sasaran tersebut penting dalam usaha meningkatkan keyakinan kepada semua masyarakat di negara ini terhadap sistem kewangan patuh syariah.

“Patuh syariah bersifat universal. Sekarang pun kita telah mulakan dengan produk patuh syariah dan kerajaan sendiri telah mengiktirafnya.

“Tetapi kita akan terus menggandakan usaha ini lebih-lebih lagi is lebih telus berbanding konvensional,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Kebangsaan Kewangan Islam di sini hari ini.

Artikel berkaitan