Dibangunkan bersama
ANGKATAN KOPERASI
KEBANGSAAN MALAYSIA
BERHAD (ANGKASA)

Blog

Pinjaman Koperasi? Selalu dengar tapi apa sebenarnya…?

0 Komen

Pinjaman koperasi merupakan kemudahan kredit yang ditawarkan oleh koperasi yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk anggota-anggota mereka yang bekerja sebagai penjawat awam. Biasanya pinjaman ini ditawarkan kepada kakitangan kerajaan, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) layak membuat potongan gaji daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Pembayaran ansuran bulanan adalah melalui potongan gaji secara automatik oleh ANGKASA. Kelayakan pinjaman bergantung kepada jumlah yang dapat ditolak daripada gaji peminjam tertakluk kepada syarat had potongan gaji maksima 60%. Had tersebut dikuatkuasakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam untuk memastikan gaji bersih penjawat awam adalah sekurang-kurangnya 40% daripada gaji kasar. Tempoh pinjaman maksimum adalah 10 tahun (tempoh maksimum yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia). Had maksimum pinjaman kebanyakan koperasi adalah antara RM200,000 – RM250,000.

Kebanyakan skim pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh koperasi berlandaskan prinsip syariah. Koperasi perlu memastikan operasi kemudahan kredit tersebut mengikut garis panduan SKM mengenai produk islamik. Prinsip kewangan islamik yang digunakan adalah seperti Tawarruq dan Murabaha yang melibatkan pembelian dan penjualan komoditi secara ansuran atau bayaran tertunda. Melalui transaksi belian dan jualan, faedah (riba) yang dilarang (haram), digantikan dengan margin keuntungan yang dipersetujui antara pembeli dan penjual. Kebanyakan koperasi mewajibkan peminjam membeli insurans takaful yang memberi perlindungan kewangan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Berbanding dengan bank, pinjaman koperasi lebih mudah lulus kerana koperasi kurang mementingkan skor kredit peminjam. Pengutipan ansuran bulanan dilakukan secara automatik melalui potongan gaji, maka risiko gagal mengutip balik dana pinjaman adalah sangat rendah. Pemohon yang telah disenarai-hitam oleh bank kerana laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan Sistem Kredit Tip-Off (CTOS) yang kurang memuaskan masih layak memohon pinjaman koperasi.

Dengan peningkatan bilangan koperasi yang memberi kemudahan kredit, peminjam mempunyai lebih pilihan. Persaingan di antara koperasi menyebabkan kadar untung menurun dan hari ini kebanyakan koperasi mengenakan kadar untung 4% – 7% setahun. Peratusan tunai bersih yang diterima peminjam juga meningkat kepada 90% – 95%. Ini bermakna penjawat awam yang telah disenarai-hitamkan oleh bank masih layak memohon pinjaman koperasi dengan kos yang lebih kurang sama dengan pinjaman bank. Kos pinjaman koperasi jauh lebih rendah berbanding dengan kadar faedah pinjaman berlesen iaitu 18% setahun

Portal MyAzZahra adalah platform untuk memohon pembiayaan peribadi yang patuh syariah dari pelbagai koperasi menerusi skim potongan gaji Angkasa.

Layari www.myazzahra.com untuk memohon

Artikel berkaitan

Tinggalkan komen